KELAS NADI MAHIR FOTO (MINGGU 14) - PASCA PENERBITAN (POST PRODUCTION), FORMAT EDITING (ONLINE & OFFLINE), LANGKAH-LANGKAH PASCA PENERBITAN - RECAP/PENUTUP VIDEO
13 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Foto pada minggu ini pasca penerbitan (post production), format editing (online & offline), langkah-langkah pasca penerbitan - recap/penutup video. Tenaga pengajar memberi penerangan mengenai topik minggu ini. Dalam kelas tersebut, peserta diberi penerangan teknik untuk mengambil video yang betul dan menghasilkan video yang cantik.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: